Assalamualaikum...
Ibu mulakan dengan detik kelahiran anak sulung ibu. Yang pertama untuk segala2nya..
Sepanjang mengandungkan Aqil, ibu rasa energetic sangat, tak ada morning sickness, selera makan pun elok je. Bayangkan la berat ibu 40kg sampai akhir bersalin 54kg.hehe
Masa buat check up dekat Klinik Johor Maternity, Kluang @37weeks, doktor siap cakap lagi kena control makan, kalau baby keluar lambat, berat makin bertambah, takut ibu tak larat nak keluarkan. Masa ni memang doa sangat2 anak sulung ibu keluar awal.
31Ogos2012
Masa ni masih raya, jadi sarat2 @38week ibu dan ayah pergi beraya ke rumah MakNgah dekat JB. Balik tu kami singgah rumah Kulai nak kemas2 sikit. Eksen je ibu turun naik tangga masa ni 😂
Balik rumah nenek dekat Simpang Renggam, masa ni dah kepenatan, pukul10 malam dah tido dah.
1.00am
Tiba2 ibu terjaga, rasa macam sakit contraction. Ibu buat biasa jela sebab akhir2 ni memang selalu sangat baby mengeras (braxton hicks).
Tapi ibu monitor jugak la contraction tu.kira2 setiap 5minit dah.
Dalam sejam ibu monitor, contraction makin kerap dan sakit makin kuat. So ibu kejut ayah. Kitorang siap2 mandi. Mandi pun sebab takut false alarm. Ibu makan kurma dan minum air glukos, untuk tenaga.
3am
Gerak ke Johor Maternity Clinic. Dalam kereta ni makin sakit contraction. Lengan ayah lebam dah agaknya ibu duk genggam kuat2 😂
3.30am
Sampai klinik buat VE dah about 4-5cm. Nurse bagi ubat untuk buang air besar, tapi tak berjaya sangat pun. Tukar baju then pasang CTE scan.
4.00am
Doktor sampai, dia estimate lepas subuh anak sulung ibu ni keluar, biase la anak pertama biasa bukaan tu lambat nak full. Tak silap ibu kene cucuk pethidin, tapi tak rasa apa pun. Contraction still sangat sakit, sampai nurse marah suruh breathing steadily every time contraction comes. Katanya takut baby tak cukup oksigen.
Sebab ibu pilih johor maternity specialist ni, sebab husband boleh teman sepanjang masa, dan harga yang sangat2 berpatutan (murah gila 😁)
Dalam teman ibu ni, ayah sempat baca surah maryam sampai habis.
4.30am
Masa ni nurse pecahkan air ketuban. Lepas tu sakit toksah cakaplaa..rasa nak bunuh orang.haha
Kul5 lebih doktor dah siap2 nak keluarkan baby. Siap episiotomy sebab nak keluarkan baby ni 😥
Dalam 4x teran, keluar lah malaikat kecil ibu @5.23am
Muhammad Aqil Aryan bin Mohd Syahmi
1 September 2012
3.1kg
53cm
Alhamdulillahhh

No comments:
Post a Comment